Jualan susu kambing segar... Bersih,,, Organik dan Berkualiti... (Jitra,,, Ipoh,,, Perlis)
Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat pelbagai khasiat istimewa dalam susu kambing berbanding susu lembu.
Kajian mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu biasa.
Kandungan gizi itu ialah protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B12 dan potassium.
Manfaat daripada susu kambing
Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.
Ini kerana susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.
Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam.
Faedah seterusnya adalah susu kambing boleh membantu penghidap demam kuning dan membantu pesakit anemia.
Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.
Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w.
Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Sumber artikel ini disiarkan pada : 2013/11/22 (mymetro)
(Map ada di sidebar kanan)--------->>>
Ayam mutiara merupakan ayam yg paling mudah dan senang dibela… Ayam ini mempunya ciri2 yg tahan lasak,,, tahan penyakit,,, mudah membiak dan jimat dari segi pemakanan dan penjagaan… Bagi setiap orang yang ingin memelihara ayam mutiara semestinya akn membeli sepasang atau beberapa ekor sebagai permulaan… Tetapi bagaimanakah pula kita dapat mengenalpasti jantina ayam mutiara tersebut??? Terdapat pelbagai rujukan dan maklumat yang boleh kita perolehi samada melalui pembacaan,,, internet,,, perbincangan dan yg paling byk membantu adalah pengalaman sendiri… Di sini ada beberapa ciri yg sy amati dari ayam mutiara di QudRiFaRm dan berketepatan dgn maklumat dari sumber pembacaan,,, internet dan perbincangan … Berikut merupakan ciri2 yg telah diperhatikan secara sebenar di QudRiFaRm dan menyamai ciri2 yg biasa kita dengar...
Bunyi ayam mutiara pejantan cuma satu suku kata saja,,, Chi… chi… chi…
Bunyi ayam mutiara betina dlm bentuk dua suku kata,,, buck-wheat… buck-wheat…
Anting-anting atau cuping pada bawah leher ayam mutiara jantan lebih lebar dan merah terang...
Anting-anting atau cuping pada bawah leher ayam mutiara betina lebih pudar dan nampak lebih banyak warna putih…
Tanduk di kepala ayam mutiata jantan lebih besar dan tajam serta menegak ke atas...
Tanduk di kepala ayam mutiata betina lebih kecil dan melengkung serta condong ke belakang...
Bentuk badan badan ayam mutiara jantan lebih besar,,, bulat,,, tinggi serta membongkok...]
Bentuk badan ayam mutiara betina lebih kecil,,, rendah dan memanjang…
Warna ungu pada bulu bawah leher ayam mutiara jantan lebih banyak dan terang berbanding ayam mutiara betina…














