Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN POKOK-POKOK HERBA DAN TANAMAN DAPUR SERTA PELBAGAI BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR)

TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT POLIMAS JITRA)

HUBUNGI ATAU SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS) 

ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page Qudrifarm... 

Antara semaian dan benih tanaman yang dijual : (Jika tiada dalam senarai anda anda boleh membuat pertanyaan kpd kami,,, insyaAllah)... Harga mengikut saiz dan jenis pokok... Sila hubungi utk tempahan dan pertanyaan stok,,, kerana kami tidak membawa semua pokok pada setiap minggu...

NO.
NAMA POKOK
ANAK BENIH
BIJI BENIH/UBI
1
Ati-ati (Coleus blumei)
/

2
Bawang Berlian (Eleutherine palmifolia merr)
/

3
Belalai Gajah (Clinacanthus nutans)
/

4
Beluntas (Pluchea indica)
/

5
Mulukhiya /bayam arab (Corchorus olitorius)
/

6
Binahong (Bassela rubra Linn)
/

7
Bisa Ular (Barleria lupulina)
/

8
Mahkota Dewa (Corchorus olitorius)
/

9
Bunga Pisang-Pisang (Desmos chinensis Lour)
/
/
10
Bunga Raya Putih (Hibiscus rosa sinensis)
/

11
Bunga Harum Sundal Malam (Pollianthes tuberose)
/
/
12
Bunga Telang (Clitoria ternatea)
/
/
13
Cekur (Kaempferia galanga Linn)
/

14
Cekur Batik (Kaempferia)
/

15
Cekur Hitam (Kaempferia galangal)
/

16
Cememar (Micromelum pubescens)
/

17
Daun Dewa (Gynura segetum (Lour.) Merr.)
/

18
Nilam (Pogostemon cablin)
/

19
Pandan Wangi (Pandanus odorus)
/

20
Erva Lanata (Aerva lanata)
/

21
French Oregano (Plectranthus amboinicus)
/

22
Gandarusa (Justicia gendarussa)
/

23
Ginseng Jawa (Talinum patens)
/

24
Patah Tulang (Cissus quadrangularis)
/

25
Patawali (Tinospora crispa L. Miers)
/

26
Bakawali (Epiphyllum anguliger)
/

27
Halia (Zingiber officinale)
/

28
Halia Bara (Zingiber officinale var rubrum)
/

29
Hanyir Ikan (Houttuynia cordata thumb.)
/

30
Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)
/
/
31
Inai (Lawsonia inermis)
/
/
32
Janggut Adam (Gramineae themeda arguens Hack)
/

33
Jarjil (Egypt Jarjil) (Eruca sativa) Eruca sativa
/
/
34
Jarum Tujuh Bilah (Pereskia sacharosa/saecnarosa)
/

35
Jintan Hutan (Eupatorium triplinerve Vahl)
/

36
Kaduk (Piper sarmentosum)
/

37
Pokok Ajaib/Miracle fruit (Synsepalum dulcificum)
/

38
Kantan (Phaeomeria speciosa)
/

39
Kapas (Gossypium hirsutum)
/
/
40
Salam/Serai Kayu (Eugenia Polyantha)
/

41
Keladi tikus (Typhonium flagelliforme)
/

42
Kemangi (Ocimum santum)
/
/
43
Cengkeh (Syzygium aromaticum)
/

44
Kentang Angin (Dioscorea bulbifera L.)
/
/
45
Keremak Merah (Alternanthera sessilis)
/

46
Kesum (Polygonum minus huds)
/

47
Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)
/

48
Kunyit (Cucuma domestica L.)
/

49
Lada Hitam (Piper nigrum L)
/

50
Legundi Hitam (Vitex negundo)
/


 * 50 senarai pokok2 lain akan ditambah pada posting akn datang insyaAllah...

Tanaman Mulukhiya di QudRiFaRm...
Perkongsian cara penanaman dan penjagaan serta manfaat pokok Egypt Mulukhiya,,, ملوخية‎ atau nama saintifik Corchorus olitorius,,, Bayam Arab... 
SEMAIAN DAN BIJI BENIH MULUKHIYA ADA DI QUDRIFARM...

Tanaman pokok Mulukhiya sangat terkenal dan popular di negara-negara Arab terutamanya Mesir... Mulukhiya dipercayai menjadi sebagai sumber diet ruji sejak zaman Mesir purba...

Penanamannya sangat mudah,,, Cuma perlu ditabur di atas tanah yang telah digemburkan dan dalalui denga air disekelilingnya... Kalau anda berada di Mesir anda akan dapat melihat tanaman Mulukhiya yang menghijau dan banyak di tepi sungai Nil yang subur...

Kalau kita mempunyai kenalan atau rakan-rakan di Mesir sudah pasti kalau bertandang di rumah mereka,,,kebiasaannya  kita akan dijamu dengan sup Mulukhiya yang dicampur dengan daging ayam atau arnab dengan sedikit daun ketumbar dan bawang putih sebagai pencicah kepad roti Arab (Aisy Baladi)... Memang enak sekali rasanya...

Di Mesir,,, Mulukhiya dimakan di kebanyakan majlis-majlis khas atau sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai makanan keluarga... Ianya adalah hidangan istimewa untuk rakan-rakan yang dating bertandang di rumah...

Sup likat Mulukhiya yang berperisa bawang putih dan ketumbar kalau dicurahkan kepada nasi,,, roti pita pun sudah cukup enak kalau dapat dimakan di kampung...

Sebenarnya bukan sekadar keenakannya sahaja,,, malah sup Mulukhiya juga mempunyai khasiat dan manfaat pemakanan yang tinggi... Kandungan vitamin A yang tinggi selain kandungan vitamin B,,, serat,,, zat besi,,, fosforus,,, kalsium,,, kalium,,, mangan,,, sodium dan garam mineral menjadikan Mulukhiyah makanan yang sihat untuk:

1. Kelegaan Perut: Masalah sembelit,,, tidak lawas dan hadam makanan... Kerana ianya kaya dengan serat...

 2.Mata dan Kulit: Mengandungi vitamin A yang tinggi,,, membantu untuk mencegah kerosakan kulit terutama apabila terdedah kepada cahaya matahari... Selain itu ia juga berfungsi mencegah ulser mulut dan radang mulut... Bahan antioksidan dalam Mulukhiyah juga bersifat anti-penuaan...

3. Kesihatan Dalaman Lelaki & Wanita: Banyak kajian mengesahkan bahawa vitamin A dalam Mulukhiyah adalah pada kadar yang lebih tinggi daripada semua sayur-sayuran... Ia membantu melancarkan pengaliran darah ke seluruh anggota badan...

4. Kesihatan Wanita Hamil: Membantu pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh seorang ibu hamil...

5. Melegakan Urat Saraf: Merupakan gantian gula yang baik untuk kelegaan saraf dan tubuh badan...

Selain itu,,, khasiat Mulukhiya juga baik untuk masalah osteoporosis,,, kemandulan,,, jantung,,, anemia,,, mencegah pembentukan batu karang,,, buah pinggang,,, jangkitan saluran kencing,,, meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan dan penyakit-masalah penglihatan terutama pada waktu malam...

Pusat Penyelidikan Kebangsaan di Mesir,,, ahli-ahli sains telah membuktikan bahawa Mulukhiyah mempunyai banyak faedah kepada kesihatan...

Himpunan penulisan dari pelbagai sumber rujukan dan sedikit pengalaman di negeri orang...

PERHATIAN: Keterangan kegunaan dan cara guna utk mana-mana herba adalah utk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja… Ia bukan bertujuan sebagai pengganti utk nasihat profesional dalam apa jua bentuk... Dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan herba untuk masalah perubatan yg serius…

Tanaman جرجير,,, Jarjir,,, Gergil,,, Jarjil @ QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, December 23, 2014 1 ulasan

Anak Pokok Gergil di QudRiFaRm
Sedikit catatan dan perkongsian penanaman serta manfaat pokok Gergil di QudRiFaRm… 

Untuk pertanyaan dan biji benih boleh terus ke page Qudrifarm...

Pokok Gergil kalau ikut bahasa pasar di Mesir,,, klau ikut ejaan dan terjemah dari ejaan Arab standard جرجير,,, Jarjir… Atau boleh juga kita pakat-pakat guna nama saintifik Sativa Eruca…

Gergil dipercayai  berasal dari kawasan Mediterranean… Gergil mula ditanam sebagai herba yang boleh dimakan di kawasan Mediterranean sejak dari zaman Rom lagi…

Kalau di negara-negara Arab gergil ditanam untuk mendapatkan daunnya yang segar sebagai salad… Masakan yang saya suka selain salad adalah kerabu tradisional (macam buat kerabu pegaga) atau ambil sebagai ulam segar…

Penanaman gergil juga sangat mudah,,, cuma biji benih perlu ditabur diatas tanah… Tanah yang sesuai adalah tanah yang longgar seperti campuran pasir dan tanah yang kering atau apa-apa jenis tanah pun boleh,,, cuma jangan  tidak terlalu basah untuk menghasilkan saiz pokok gergil yang sihat,,,besar dan rasa yang sedap…

Rasa daun gergil kalau dimakan mentah rasa seperti macam makan lobak putih mentah… Atau macam ada rasa berangin pedas-pedas pada lidah… Tetapi rasa sebenarnya lebih sedap… Rasanya akan menjadi sedikit manis dan enak dalam musim sejuk…
Biji Benih Gergil dan Mulukhiya @QudRiFaRm

Gergil kaya dengan vitamin terutama vitamin C,,, A dan kaya dengan mineral seperti kalsium,,, zat besi,,, zink,,, fosforus… Khasiat ulam dan salad daun gergil dapat dimanfaatkan untuk sakit jantung,,, dada,,, diabetes,,, hati dan tiroid... Juga membantu meningkatkan keupayaan seksual,,, pencegahan keguguran rambut,,, mencegah sembelit kerana ia kaya dengan serat,,, mencegah kekurangan zat makanan

Antara khasiat-khasiat lain yang dapat dimanfaatkan dari ulam gergil ialah membantu dalam menguruskan badan dan sistem diet,,, mengandungi penting untuk kesihatan kehamilan dan nutrisi janin,,, melindungi kulit daripada penuaan,,, mengawal tahap gula dan kolesterol dalam darah,,, membantu perokok untuk menghilangkan kesan-kesan bahaya merokok,,, membantu memperbaiki system penghadaman dan kesihatan usus besar,,, mengawal tekanan darah dan membantu penyembuhan otot yang sakit…


Kajian saintifik yang dijalankan juga menunjukkan minyak gergil dapat mengurangkan lemak dan menurunkan paras kolestrol dalam badan… 



Pokok Nilam (Pogostemon cablin (Blanco) Benth)

Setiap kali kereta yang guna kusyen kulit bila parking tengah panas mesti berbau… Begitu juga rumah kita,,, bila dah macam-macam barang lembap atau masakan  asap dengan bau mesti penuh satu rumah… Terutama bila goreng perkasam… Bau kuat tapi bila makan mesti habis… hehehe

Setiap kali balik kampung pokok-pokok yang wangi dan beraroma wangi nie mesti akan dikutip bawa balik sekali selain bunga kenanga,,, melur,,, cempaka,,, sundal malam,,, bunga pisang dll…

Pewangi semulajadi ini dipilih kerana bau yang lebih asli,,, organik,,, sihat dan bebas kimia…

POKOK NILAM SEBAGAI PEWANGI SEMULAJADI…

Kebiasaannya daun-daun nilam yang tua akan dipetik dan dibasuh sebelum dipotong dan diletakkan dalam bekas di ruang tamu bagi membangkitkan bau aroma semulajadinya… ila dah agak kurang wangi daun akan diramas atau diganti semula dengan daun yang baru… Kadang dicampur juga dengan  daun pandan yang dipotong dan kelopak bunga ros yang dipetik dari kebun…

Minyak pati daun nilam juga digunakan secara meluas dalam pembuatan minyak wangi,,, sabun,,, bahan pencuci dan syampu…

Daun nilam juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian kepada pakaian kita… Pernah saya diberitahu oleh nenek tentang penggunaan daun nilam oleh masyarakat kampung  untuk membasuh kain batik,,, pelikat dan lain-lain pakaian terutama apabila hendak dekat musim perayaan atau awal sesi persekolahan…

Selain itu,,, daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi…

POKOK NILAM SEBAGAI AGEN KAWALAN SERANGGA PEROSAK…

Dalam pengamalan kebun dan suasana organik pokok nilam juga dapat dimanfaatkan dalam mengawal serangga perosak di persekitaran kita…

Serangga seperti nyamuk,,, lalat,,, lipas,,, serangga perosak tanaman,,, malah apa jua jenis serangga perosak tidak  menggemari bau wangi dari daun pokok nilam seperti bau serai wangi…

POKOK NILAM DALAM PERUBATAN HERBA TRADISIONAL

Dari segi perubatan tradisional yang diketahui  air rebusan daun nilam juga biasa digunakan sebagai ikhtiar untuk mengubati sakit kepala (migraine),,, sakit tekak,,, asma,,, batuk,,, rheumatik dan demam...

“Dalam dusun kita rumput pun boleh dimakan…” 

AYAM, ITIK DAN AYAM MUTIARA SEBAGAI EJEN KAWALAN BIOLOGI DI QUDRIFARM

Kesedaran awal tentang bahaya baja dan racun kmia selalu diingatkan kepada kami semasa kecil… Ayahanda selalu menyebut dan mengingatkan kami bahawa “Dalam dusun kita rumput pun boleh dimakan…”  Kami dari kecik diajar untuk menebas atau memotong rumput dengan mesin dan sekali-kali tidak boleh menggunakan racun…

Sebagai petani kecil-kecilan usaha pertanian organik ini mungkin hanya dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar sahaja… Tetapi  sedikit perkongsian ini mungkin adalah lebih luas hasilnya untuk dimanfaatkan bersama…

Apa yang dipraktikkan di QudRiFaRm dalam mengawal rumpai dan serangga perosak selain menebas dan memotong rumput???

Mungkin teman-teman di laman facebook dan page QudRiFaRm merasa hairan atau menganggap sebagai ia sebagai rojak apabila melihat gambar dan aktiviti yang dikongsikan kadang-kadang bercampur-campur antara ternakan dan tanaman…  Kadang-kadang gambar dan cerita yang dikongsi adalah  ayam,,, itik atau ternakan,,,, dan kadang-kadang pula segala macam pokok-pokok dan tanaman… Kenapa???

Sebenarnya itulah maksud  yang hendak saya kongsikan disini antara kegunaan dan peranan yang dimainkan oleh setiap ternakan dan tumbuhan dalam ekosistem… Setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t kepada kita sepatutnya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya…

Kesedaran kita juga penting supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bahan-bahan yang boleh mencemari diri kita secar tidak kita sedar… Berapa banyak bahan-bahan kimia dan merbahaya dalam daging,,, ayam dan itik yang kita makan??? Berapa banyak pula dalam sayur-sayuran yang kita anggap perlu untuk kesihatan tetapi sebenarnya telah dicemari racun-racun kimia merbahaya???

Sebenarnya setiap tanaman dapat dimanfaatkan untuk ternakan atau tanaman lain yang kita usahakan dan sebaliknya juga peranan ternakan untuk tanam-tanaman kita…

Kami di QudRiFaRm  telah memanfaatkan ternakan seperti  ayam,,, itik,,, dan ayam mutiara (ternakan ruminan dll juga) sebagai agen kawalan biologi yang paling berkesan  dalam mengawal serangga,,, siput dan rumpai sejak diusahakan pada tahun 1980 lagi…

Kawalan biologi merupakan satu kaedah jangka panjang dalam memastikan sumber dan hasil kebun yang diperolehi bebas baja kimia dan racun kimia yang memudaratkan diri kita secara perlahan dan tidak disedari…
 
Biarpun sedikit usaha kita walaupun hanya bertani di kawasan rumah atau terhad penggunaan baja dan racun kimia patut dielakkan sebolehnya…

Ayam mutiara dipilih kerana keberkesanannya untuk kawalan serangga dan tidak mengganggu tanaman,,, buah-buahan dan semaian di kebun... Ayam mutiara juga kurang merosakkan buah-buahan berbanding ayam kampong… Sifat aktif dan riuh rendah ayam mutiara dalam kebun juga menjadikan suasana dusun tidak sunyi dan amaran awal bagi pencerobohan orang luar,,, anjing,,, musang atau ular di dalam kebun atau dusun tidak kira siang atau malam… Ayam mutiara juga merupakan peronda yang aktif tak kira tempat samada kawasan padang yang lapang atau semak samun yang terlindung… Kadang-kadang sampai atas bumbung stor dan bangsal reban pun boleh jadi tempat untuk meronda…


Itik (angsa,,, nila,,, kampung) pula dilihat lebih suka dalam memburu  serangga seperti lalat atau serangga yang merayap perlahan seperti siput… Keberkesanan itik dalam kawalan siput diperakui oleh banyak pekebun organic… Tak kira samada siput-siput di darat ataupun dalam air habis disudunya… Rumput rumpai yang berada di dalam kolam atau longkang juga dapat dikawal oleh itik secara organic selain peranan ikan-ikan yang diternak…

Bagi ayam kampung yang banyak dipelihara oleh petani,,,ia sebenarnya telahpun diketahui umum dapat dimanfaatkan untuk penghasilan baja organic yang subur untuk tanaman… Sifat yang lebih cenderung untuk meneroka kawasan belukar atau berhampiran rumah menjadikan ayam kampong lebih jinak dengan kita berbanding ayam mutiara… Namun ayam kampung dapat memberikan kawalan dalam kawasan yang lebih luas berbanding itik untuk kawalan siput,,, serangga perosak dan rumpai… Sifat ayam kampung yang hampir sama aktif  dengan ayam mutiara juga kadang-kadang menjadikan mereka gabungan satu kumpulan yang besar apabila meronda bersama-sama dalam kawasan kebun atau dusun…


Selain sebagai agen kawalan serangga dan biologi,,, ternakan ayam ayam,,, itik dan ayam mutiara juga dapat memberikan hasil sampingan untuk sumber makananyang sihat dan selamat seperti daging dan telur… 

SEDIKIT USAHA DAN KESEDARAN KITA SEBENARNYA BANYAK MEMBANTU DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN… InsyaAllah…

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani