Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Cabaran Dalam Penternakan Ini...

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, November 14, 2012


Masalah utama penternak ayam kampung kecil-kecilan seperti aku ialah serangan haiwan-haiwan pemangsa liar… Terutama bagi yang berada berhampiran pinggir hutan atau di luar bandar… Banyak juga baka-baka yang dipelihara mati...

Dari sekecil-kecil haiwan seperti tikus,,, ular dan biawak sehinggalah yang agak besar seperti musang,,, kera,,,anjing liar dan burung helang yang sering memilih haiwan ternakan sebagai mangsa kegemaran… Anak-anak ayam/itik atau burung dan juga induk yang sedang mengeram selalu jadi mangsa favourite,,, sebab mudah bagi geng pemangsa nie nak tangkap

Masalah paling besar bagi kebanyakan penternak ialah pencuri ternakan... Kategori manusia jenis ini sukar dihapuskan dan lebih teruk dari haiwan pemangsa yang lain... Pemangsa jenis nie semua benda dia ambil,,, janji boleh jual... Kalau dapat tangkap jangan kasi chance,,, hantar balai terus...

Kadang-kadang kematian ayam dan itik yang dilepas bebas juga berlaku disebabkan persaingan merebut makanan atau pasangan… Bagi anak-anak ayam/itik kematian juga boleh berlaku disebabkan kes buli (kena pukul dengan yang lebih besar)…

Kalau diperhatikan betul-betul,,, terdapat juga perkara-perkara yang nampak mudah dan tidak merbahaya tetapi menyebabkan kematian ternakan yang banyak atau kerugian yang besar kepada penternak ayam/itik…Puncanya adalah  kecuaian kita sendiri…

Sebagai contoh anak ayam lemas kerana bekas air yang dalam,,, ternakan terlekat pukat yang dipasang,,, termakan racun serangga/perosak,,, sebaran penyakit dari ayam/itik atau kesan dari tapak kasut yang melalui kawasan berpenyakit dan campur aduk pelbagai ternakan yang tidak serasi dalam satu kawasan…





Namun semua masalah itu merupakan cabaran dan ujian dalam meningkatkan kemahiran kita dalam mengusahakan penternakan kecil-kecilan ini…

*Seranagan anjing liar adalah yang paling kerap berlaku di QudRiFaRm...

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani