Anak Pokok Gergil di QudRiFaRm |
Sedikit catatan dan
perkongsian penanaman serta manfaat pokok Gergil di QudRiFaRm…
Untuk pertanyaan dan biji benih boleh terus ke page Qudrifarm...
Pokok Gergil kalau ikut bahasa pasar di Mesir,,, klau ikut ejaan
dan terjemah dari ejaan Arab standard جرجير,,, Jarjir… Atau
boleh juga kita pakat-pakat guna nama saintifik Sativa Eruca…
Gergil dipercayai berasal
dari kawasan Mediterranean… Gergil
mula ditanam sebagai herba yang boleh dimakan di kawasan Mediterranean sejak dari zaman Rom lagi…
Kalau di negara-negara Arab gergil ditanam untuk mendapatkan daunnya
yang segar sebagai salad… Masakan yang saya suka selain salad adalah
kerabu tradisional (macam buat kerabu pegaga) atau ambil sebagai ulam segar…
Penanaman gergil juga sangat
mudah,,, cuma biji benih perlu ditabur diatas tanah… Tanah yang sesuai adalah
tanah yang longgar seperti campuran pasir dan tanah yang kering atau apa-apa
jenis tanah pun boleh,,, cuma jangan tidak
terlalu basah untuk menghasilkan saiz pokok gergil yang sihat,,,besar dan rasa
yang sedap…
Rasa daun gergil kalau
dimakan mentah rasa seperti macam makan lobak putih mentah… Atau macam ada rasa
berangin pedas-pedas pada lidah… Tetapi rasa sebenarnya lebih sedap… Rasanya akan
menjadi sedikit manis dan enak dalam musim sejuk…
Biji Benih Gergil dan Mulukhiya @QudRiFaRm |
Gergil kaya dengan vitamin terutama
vitamin C,,, A dan kaya dengan mineral seperti kalsium,,, zat besi,,, zink,,,
fosforus… Khasiat ulam dan salad daun gergil dapat dimanfaatkan untuk sakit
jantung,,, dada,,, diabetes,,, hati dan tiroid... Juga membantu meningkatkan
keupayaan seksual,,, pencegahan keguguran rambut,,, mencegah sembelit kerana ia
kaya dengan serat,,, mencegah kekurangan zat makanan…
Antara khasiat-khasiat lain
yang dapat dimanfaatkan dari ulam gergil ialah membantu dalam menguruskan badan
dan sistem diet,,, mengandungi penting untuk kesihatan kehamilan dan nutrisi
janin,,, melindungi kulit daripada penuaan,,, mengawal tahap gula dan
kolesterol dalam darah,,, membantu perokok untuk menghilangkan kesan-kesan
bahaya merokok,,, membantu memperbaiki system penghadaman dan kesihatan usus
besar,,, mengawal tekanan darah dan membantu penyembuhan otot yang sakit…
Kajian saintifik yang
dijalankan juga menunjukkan minyak gergil dapat mengurangkan lemak dan
menurunkan paras kolestrol dalam badan…
Pm 0195896171. Saya memerlukannya utk rawatan jantung dan peparu. Tq