Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
KAMI DI QUDRIFARM TIDAK MENEBANG POKOK DAN MENYIMPAN LOG KELULUT UTK TUAIAN MADU... SEMUA MADU ADALAH ASLI DARI POKOK2 BESAR YANG DIAMBIL DALAM HUTAN SEJAK TURUN TEMURUN LAGI... KECUALI BEBERAPA LOG SARANG YG DISELAMATKAN DAN DISIMPAN DI DUSUN...
0 ulasan