Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

AYAM AKAR PUTRA...

Dicatat oleh ELYAS Friday, June 21, 2013 2 ulasan

Permintaan ayam kampung yang meningkat di pasaran menyebabkan industri menggunakan kaedah kacukan baka luar sebagai alternatif.

Bagi memastikan daging ayam dihasilkan memenuhi ciri-ciri tempatan, kaedah pembiakbakaan ayam kampung tempatan dan ayam hutan adalah jalan terbaik.

Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar sejarah dalam dunia pembakaan haiwan melalui penghasilan baka ayam kampung dikenali Akar Putra.

Penyelidikan baka ayam baru itu dilakukan Profesor Madya Dr Azhar Kasim pada 2005 dengan kacukan ayam kampung dengan ayam hutan.


Baka ayam kampung ini diberikan nama Akar Putra iaitu simbolik baka ayam hutan tempatan yang 'berakar' di kampus hijau UPM.

Beliau berkata, hasil kacukan itu, Akar Putra mempunyai ciri tambah nilai termasuk dagingnya lebih sedap.

"Warisan anak-anak ayam daripada gen ayam hutan di universiti itu dengan ayam kampung tempatan menghasilkan induk jantan.

"Ayam kampung Akar Putra dapat dihasilkan melalui pencatuman induk jantan dan induk betina," katanya yang bertugas di Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian, UPM, Serdang.

Beliau berkata, di peringkat permulaan, induk betina dihasilkan melalui gabungan beberapa jenis ayam kampung yang dikumpulkan di seluruh negara.

"Kajian menjurus kepada menghasilkan induk betina yang tinggi pengeluaran telur serta saiz telur yang besar supaya anak yang tetas mempunyai kecergasan baik.

"Saiz telur yang besar adalah satu kelebihan dan ciri ini diperlukan bagi memastikan anak ayam kampung Akar Putra baru menetas mempunyai tahap kecergasan tinggi, selera makan yang baik dan membesar dengan cepat dari ayam kampung biasa," katanya. 

Katanya, induk jantan mengandungi warisan ayam hutan tempatan di kampus itu manakala ayam jantan hutan liar diambil dari spesies 'gallus gallus' atau 'Red Junglefowl'.

"Spesies ini mudah dilihat di sekitar kampus UPM yang terkenal dengan kawasan dusun buah-buahan dan ladang sawit," katanya.

Menurutnya, ayam hutan jantan yang merayau berhampiran lokasi kajian dibiarkan mengawan secara semulajadi dengan sekumpulan ayam kampung betina.

"Anak hasil dari cantuman ayam hutan UPM dengan ayam kampung ini menjadi komponen penting kajian baka.

"Gabungan ayam hutan UPM dengan ayam kampung ini dijadikan induk jantan.

"Kajian mendapati baka Akar Putra memiliki tahap kecergasan tinggi dan daya ketahanan lebih baik. 

"Tumpuan kajian kini untuk melihat tingkah laku supaya baka Akar Putra tidak menunjukkan tahap agresif keterlaluan," katanya.

"Pencantuman induk jantan juga menghasilkan ayam baka Akar Putra berleher botak, berkaki panjang dan lebih berisi selain dagingnya lebih enak," katanya.

Ciri-ciri istimewa yang terdapat pada ayam kampung Akar Putra ialah jangka masa pemeliharaan lebih singkat iaitu tidak melebihi 13 minggu.

Bagi penternak, jangka masa itu menguntungkan kerana ayam boleh dipasarkan lebih awal selepas mencapai berat antara 1.2 hingga 1.4 kilogram.

Mengulas lanjut mengenai ayam kacukan itu katanya, gabungan baka ayam hutan yang banyak memberikan elemen penting kepada keenakan daging.

"Daripada ayam kampung yang kita biak, kita pilih ciri cepat besar dan telur besar supaya menghasilkan anak besar dan tahan kepada penyakit," katanya.

Katanya, beberapa percubaan penternakan ayam kampung Akar Putra di beberapa ladang di Melaka dan Selangor menampakkan kesan positif.

Dari segi penjagaan, ayam kampung Akar Putra cepat membesar dan tahap kritikal penjagaannya ketika usia dua minggu berbanding ayam kampung biasa mengambil masa sebulan serta tidak tahan sejuk. 

"Ayam biasa terdedah kepada penyakit 'sampar' dan perlu diberikan vaksin, namun kekuatannya ialah ia tahan penyakit berak darah," katanya.

Menurutnya, ciri-ciri luar ayam jantan banyak mewarisi ayam hutan seperti balung, warna, jenis bulu dan bulu halus terdapat pada pangkal ekor.

"Ayam betina lebih gelap dan kekal. Ciri-ciri ayam hutan betina yang berwarna kemerahan dan coklat boleh dikomersialkan," katanya.

Ditanya usaha mengeluarkan ayam telur, katanya pemilihan induk betina penting.

"Dalam seminggu, ayam betina Akar Putra akan bertelur antara empat ke lima biji seminggu, namun boleh mencecah pengeluaran sehingga 80 peratus.

"Setiap ayam telur boleh mengeluarkan di antara 200 hingga 250 biji telur setahun.

"Menariknya, induk tidak mahu mengeram dan inilah yang diperlukan bagi memastikan ayam itu sentiasa bertelur," katanya.

Menurutnya, anak ayam kampung Akar Putra dijangka boleh dikeluarkan dengan skala sederhana pada Jun tahun ini. 

"Pada peringkat awal, kami menganggarkan 1,000 anak ayam kampung Akar Putra seminggu dan jumlah itu akan bertambah. 

"Saya yakin jika ada pelaburan besar, industri ternakan ayam Akar Putra boleh dipasarkan ke luar negara.

"Baka Akar Putra dijangka membantu menangani masalah bekalan anak ayam kampung yang masih tidak mencukupi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/21

Pelbagai usaha untuk menjaga ternakan dan tanaman...

Dicatat oleh ELYAS Saturday, June 15, 2013 0 ulasan

Berdasarkan pengalaman,,, induk merak,,, ayam mutiara,,, ayam piru red Bourbon,,, ayam piru biasa dan itik nila dan pelbagai ayam itik yang bertelur dan mengeram luar pagar ada yang mati atau pernah diserang babi hutan di QudRiFaRm…

Bukan sekadar ayam itik saja,,, segala pokok yang ditanam terutama pisang,,, nenas,,, sawit,,, getah,,, segala jenis ubi dan sayur memang jadi kegemaran babi hutan…

Nak buat macamna???

Sebenarnya macam-macam cara dan petua yang aku dah buat dan dapat dalam usaha untuk kawal dari ancaman musuh utama tanaman dan ternakan ini…

Kebiasaanya,,, tempat-tempat yang selalu menjadi sasaran mestilah kebun-kebun atau ladang-ladang hatta kampung yang berhampiran hutan,,, pinggir kampung atau ladang-ladang besar…

Cara paling mudah dan lazim semua orang tahu,,, ialah dengan memagar kawasan ternakan atau tanaman mengunakan pagar,,, zink,,, pukat ikan reject (kena mata besar,,, takut ayam terlekat pula nanti) atau pukat hitam penutup bumbung semaian… Cuma kaedah ini kos lebih tinggi dan perlu penyenggaraan kerap…

Cara lain,,, boleh juga gantung botol minyak wangi atau ubat gegat atau sebarang bahan yang berbau kuat seperti sabun pencuci tandas di laluan atau kawasan-kawasan strategic keluar masuk… Rambut-rambut dari kedai gunting pun boleh ditabur di lorong laluannya…

Tapi cara paling terbaik dan berkesan,,, bukan sekadar babi hutan,,, segala jenis ular,,, tupai,,, tikus,,, musang,,, biawak dan pencuri pun tak datang… Kita dibolehkan menggunakan anjing menjaga tanaman dan ternakan...

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa melihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)




Kunyit untuk ayam...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, June 6, 2013 0 ulasan

Kunyit untuk ayam,,, bukan ayam goreng kunyit... Cerita pasal petua kunyit untuk kesihatan ayam...

Petua orang lama-lama kita pasal manfaat dan khasiat kunyit untuk ternakan ayam memang sudah lama teruji dan dapat dimanfaatkan oleh kita sebagai generasi penerus selanjutnya... Berbekalkan dari pengalaman nenek moyang kita,,, semua jenis ayam banyak menggunakan adunan dan ramuan kunyit sebagai penjagaan kesihatan ayam...

Antara manfaat kunyit yang paling terkenal adalah ubat untuk hawar... Kunyit hidup ditumbuk bersama beras dan diberi makan ayam... InsyaAllah berkesan...

Kalau kunyit yang dipotong dan pula boleh diberi makan samada cara paksa (disuap) untuk ayam yang kurang nafsu makan,,, sebagai antibiotik (vaksin),,, sebagai ubat cirit-birit atau sebagai ubat anti-kelesuan... 

Untuk kegunaan dalaman ayam,,, bahagian umbi (rizom,,, ibu kunyit) yang berumur lebih dari satu tahun boleh digunakan sebagai ubat berkhasiat untuk:

  • menyejukkan badan ayam terutama apabila keadaan cuaca panas...
  • membersihkan sisa kotoran pada saluran pencernaan...
  • membantu merangsang melepaskan gas-gas yang lebih dalam usus (buang angin)...
  • dapat menghentikan pendarahan dan mencegah penggumpalan darah...

*Cara pemberiannya pun mudah,,, boleh ditumbuk halus dan ditampal secara langsung kepada ayam atau boleh juga ditambah dalam air minum atau diberi makan...

Kalau sebagai kegunaan luaran,,, kunyit boleh digunakan untuk merawat penyakit bengkak terutama ayam laga selepas bertarung dengan cara disapukan secara   langsung pada luka...

Kalau nak bagi kulit ayam kuat dan tebal boleh buat bedak dengan dicampurkan gambir dan kapur sirih kemudian disapu cecair kunyit ke seluruh badan ayam laga bagi meningkatkan ketebalan kulit,,, sehingga tahan gigitan serangga...

Untuk ubat mata bengkak,,, air kunyit (cecair kunyit) boleh dititiskan pada mata yang bengkak...

Kalau ada yang dok selsema boleh bagi basuh muka ayam... Cara dia hidung  ayam yang berair atau selsema dibersihkan dengan cecair kunyit yang di panaskan (bagi suam2 kuku le)...


*Petua simpanan orang lama memang berguna,,, walaupun ada ubat moden...

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani