Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Ayam Mutiara,,, Ayam Api-Api,,, Ayam Belanda...

Dicatat oleh ELYAS Sunday, September 29, 2013 7 ulasan

Ayam Mutiara di QudRiFaRm
Ayam mutiara,,, juga dikenali sebagai Pintade ,,, Faraona,,, ayam api-api,,, ayam belanda atau pegar Afrika merupakan burung liar yang kini kebanyakannya telah diternak dan dikomesilkan di ladang-ladang untuk pengeluaran daging… Dengan bintik putih yang menarik pada bulu kelabunya,,, seekor ayam mutiara matang mempunyai saiz yang sama dengan pegar (burung kuang),,, tetapi sedikit lebih kecil daripada ayam... Ayam mutiara kebanyakkannya adalah asli samada yang diternak atau liar…
  
Seekor ayam mutiara matang memiliki saiz yang agak kurus,,, bertekstur,,, daging putih seperti ayam tetapi rasa adalah lebih mirip kepada burung... Ciri-ciri ini menjadikannya sebagai pilihan di sesetengah restoran dan hotel…Kalau dilihat pada ayam mutiara yang sudah diproses,,, ia tidak mempunyai tendon di kaki dan paha,,, macam burung…

Stok Ayam Mutiara Dewasa/Anak utk Dijual (RM8 - RM50)

HUBUNGI/SMS:
019-5671963 (Qudri / Elyas)

Mudah untuk memasak dan mudah untuk dinikmati dalam pelbagai resipi kegemaran kita….

Selain mempunyai rasa daging yang enak,,, ayam mutiara juga mempunyai banyak kelebihannya… Antara kelebihan lain ayam mutiara adalah: -

Ia bertindak sebagai pengawal yang sangat cekap dan sentiasa berjaga-jaga dan mengeluarkan bunyi amaran atau menyerang secara berkumpulan apabila ada penceroboh seperti ular atau musang…

-Menjimatkan dari segi kos makanan berbanding ayam domestik lain…

-Mempunyai daya tahan penyakit yang kuat…

-Menghasilkan telur yang banyak dan mempunyai rasa yang sedap…

-Senang dibiakkan…

-Boleh dibela secara bebas atau berkurung (intensif)…

-Memiliki warna dan corak yang menarik serta pelbagai (coral blue,,, royal 
purple,,, lavenver,,, white,,, buff,,, porcelain,,, vulturine dll)…
-

DAPATKAN MADU KELULUT ASLI DI QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, September 5, 2013 0 ulasan

 DAPATKAN MADU KELULUT ASLI DI QudRiFaRm...


BOLEH HUBUNGI ATAU SMS:

019-5671963 (ELYAS)


ATAU TERUS KE LOKASI DAN BOLEH RASA DAN TENGOK SENDIRI PROSES MADU SEGAR DIAMBIL DARI SARANG DI:
QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia
(Map ada di sidebar kanan)--------->>>
Sarang madu kelulut di Qudrifarm
Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.

Saiz botol madu kelulut asli di Qudrifarm
Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.



Artikel Penuh: utusan melayu

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani