Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Kenali,,, Ayam Sabung...

Dicatat oleh ELYAS Sunday, February 24, 2013 3 ulasan

Kenali ayam sabung dan ciri-cirinya... Sekadar perkongsian semula...



Jenis-jenis Ayam Sabung


Perjalanan

Taburan Assel

Ciri-ciri yang Baik


 Sumber: Pelbagai

Lawatan @ Exotic Backyard Farm...

Dicatat oleh ELYAS Sunday, February 17, 2013 3 ulasan

Tetamu malam hari... 

Sambil-sambil otw balik Kedah singgah sekejap di Exotic Backyard Farm,,, BM... Dapat juga la aku menjamu mata walaupun sampai sini dah malam...  

Ada baka-baka rare  dan import seperti Watermal Bantam,,, Buff Polish,,, Golden Polish,,, Silver Bantam,,, D'Uccle Bantam dan Belgian D'Anver...

Tengok saja mana boleh... Mesti cari buah tangan untuk tambah koleksi di QudRiFaRm...


Madu Kelulut dan Khasiatnya...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, February 7, 2013 0 ulasan




Kelulut - Sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat)...

Khasiat Madu Kelulut : Meningkatkan metabolisma badan,,, meningkatkan tenaga batin,,, menjaga kecantikan,,, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman serta membantu menyembuhkan penyakit asma/lelah dan mengurangkan masalah resdung…

Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

“Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifu­ngus dan antikanser.


“Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.



“Selain berupaya menurunkan glukosa, mengu­rangkan kerosakan fungsi ginjal dan me­ningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” …


Kajian  turut mendapati madu kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi... Atas kelebihan itulah madu kelulut kini dicari mereka yang pentingkan kesihatan... Berbanding dengan madu lebah,,, madu kelulut dikatakan lebih kuat untuk tenaga batin... Rasanya yang manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat menyebabkan ia mudah diambil… 

Seperti madu lebah,,, madu ini disyorkan diambil sesudu di waktu pagi dan malam,,, kalau boleh elakkan meminum madu menggunakan sudu keluli… 

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN MADU KELULUT ASLI ???

BOLEH HUBUNGI ATAU SMS:

019-5671963 (ELYAS)


ATAU MAI TERUS DI LOKASI,,, BOLEH TENGOK MADU SEGAR DIAMBIL DARI SARANG DI:
QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia
(Map ada di sidebar kanan)--------->>>

Punca dan Petua Merawat ayam lumpuh…

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, February 5, 2013 0 ulasan



Punca dan Petua Merawat ayam lumpuh…

Petua merawat ayam lumpuh atau “krem” kaki nie aku nak kongsi sebab ramai yang bertanya… Aku akan cuba kumpulkan beberapa petua-petua baru dan lama samada yang pernah aku cuba ataupun belum… Tujuan dia,,, senang la nanti kalau aku nak rujuk balik petua-petua nie

Petua pertama kenalpasti dulu punca kenapa ayam menjadi lumpuh supaya senang nak kenalpasti kaedah pemulihan yang sesuai… Sebab-sebab asas yang mungkin dapat dikenalpasti ialah serangan penyakit,,, kecederaan atau kurang vitamin…

Sebab penyakit… Penyakit yang sering menyebabkan kelumpuhan seperti hawar (ND),,, penyakit pernafasan menular (CRD) dan lain-lain penyakit saraf dan penafasan (yang menyebabkan ayam lumpuh secara serentak atau banyak)… Kebiasaannya ayam akan mudah mati sekiranya kelumpuhan berpunca daripada penyakit…

Petua  yang biasa digunapakai adalah vaksinasi dan rujuk Jabatan Veterinar terdekat

Sebab kecederaan… Kebiasaannya berlaku pada ayam dewasa dan ayam sabung/laga… Punca samada ayam terlalu berat (obesiti),,, lepas beradu,,, terlalu panas (terlebih ubat atau terlebih jemur) atau kemalangan (lompat dari tempat tinggi,,, kaki tersangkut pukat/dawai,,, terkena duri/paku dll)

Petua  yang boleh digunapakai adalah periksa tempat cedera,,, bersihkan dan gunakan minyak dan ubat berkaitan luka,,, saraf dan sendi ayam… Kaedah yang aku pernah gunapakai ialah guna bam/minyak gamat,,, minyak bawang,,, bagi minum banyak air,,, balut dengan kulit batang keladi berah (utk patah) atau dibalut dengan serai yg ditumbuk atau daun kemangi… Petua lain pula rendam kaki ayam dalam air suam rebusan serai (kalau banyak ekor jenuh rendam)

Sebab kurang vitamin… Punca samada makanan yang tidak pelbagai (tak cukup galian)… Petua yang pernah aku gunakan ialah bagi makan pil ikan,,, kepala ikan bilis,,, siput gondang dan isi udang… 

Petua mudah yang lain ialah beli makanan ayam yang tinggi galian atau tambahkan bahan-bahan yang kaya kalsium,,, vitamin B komplek dan mineral dalam makanan ayam bermula dari anak ayam…

Ini cuma satu perkongsian dan sedikit pengalaman dari aku,,, setiap kaedah atau petua dipraktikkan mungkin juga berbeza mengikut orang dan tempat…

Sumber pelbagai…

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani