Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

BUAH ENAU LAMAN HERBA PAYA ASLI HERBAL VALLEY QUDRIFARM

Dicatat oleh ELYAS Sunday, May 20, 2018 2 ulasan

RAMADHAN KAREEM


Pokok enau juga dikenali dengan nama panggila pokok nau,,, aren,,, irok,,, kabung,,, kabong,,, kantor,,, sugar palm,,, arenga palm,,, gomuti palm dan mungkin ada lagi nama-nama panggilan tempatan lain...  Nama botaninya adalah Arenga pinnata...

Isi buah enau yang sudah siap diproses adalah sesuatu yang sangat sedap dibuat campur anair sirap ais di bulan Ramadhan dan musim perayaan nanti... 

Tetapi ia bukanlah mudah untuk mendapatkan isi kabung yang benar-benar selamat untuk dimakan... Ia memerlukan kemahiran dan kaedah pemprosesan yang betul... Kerana ianya boleh memudaratkan sekiranya kita sendiri tidak mahir memprosesnya... Ia mempunyai pelindung semulajadinya berupa getah yang sangat gatal sekiranya terkena pada badan atau yang mengambilnya... 

Namun setiap kali menjelang Ramadhan isi buah enau ini antara pilihan utama kami untuk dijadikan sebagai campuran dalam pelbagai jenis air minuman,,, cendol dan laicikang... Bukan sekadar sedap dan segar dimakan,,, ia juga miliki manfaatnya sebagai penyejuk badan... 

Pokok Kabung, kantor atau enau (bahasa InggeriS: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya : Arenga pinnata.
Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun berpelepah seperti pelepah daun kelapa. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali. 

Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.(sumber wikipedia)

                                            Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm


Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani