Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

AKAR TUJU ANGIN QUDRIFARM

Dicatat oleh ELYAS Saturday, December 29, 2018 1 ulasan

AKAR TUJU ANGIN
(Polygala paniculata)




Herba tuju angin atau juga dikenali sebagai akar suasa,,, erm,,, simpul angin,,, akar bir dan sebagainya...

Ia adalah herba renek,,, tegak dan kecil yang boleh ditemui di kawasan berumput dan kawasan terbuka...

Daun tersusun secara berselang-seli,,, sangat kecil dengan hanya pertengahan urat daun yang kelihatan... Bunga dan biji benihnya bewarna putih dan banyak pada setiap cabangnya...


MENYEMAI BIJI BENIH JARJIL

Dicatat oleh ELYAS Friday, September 14, 2018 0 ulasan

BUNGA JARJIL RAKAMAN QUDRIFARM
ANTARA CADANGAN KAEDAH MENYEMAI BIJI BENIH JARJIL YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI KAWASAN TERHAD (DALAM PASU/BEKAS TANAMAN)

SELAIN ITU,,, JARJIL JUGA MUDAH DICAMBAH DENGAN CARA DITABUR TERUS DI ATAS TANAH ASAL YANG DIGEMBURKAN...

Aktiviti harini menyemai jarjil bersama big bos di QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

DAPATKAN BIJI BENIH JARJIL ARAB DI Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm


CAMPURAN TANAH:PASIR:SABUT KELAPA (2:1:1)

MASUKKAN KE DALAM BEKAS YANG MENGALIRKAN AIR DENGAN BAIK

BIJI BENIH JARJIL SEDIA UNTUK DISEMAI
SIRAM SECARA PERLAHAN SELEPAS BIJI BENIH JARJIL DITABUR

PERCAMBAHAN BIJI BENIH JARJIL SELEPAS 3 HARI DISEMAI

BUAH ENAU LAMAN HERBA PAYA ASLI HERBAL VALLEY QUDRIFARM

Dicatat oleh ELYAS Sunday, May 20, 2018 2 ulasan

RAMADHAN KAREEM


Pokok enau juga dikenali dengan nama panggila pokok nau,,, aren,,, irok,,, kabung,,, kabong,,, kantor,,, sugar palm,,, arenga palm,,, gomuti palm dan mungkin ada lagi nama-nama panggilan tempatan lain...  Nama botaninya adalah Arenga pinnata...

Isi buah enau yang sudah siap diproses adalah sesuatu yang sangat sedap dibuat campur anair sirap ais di bulan Ramadhan dan musim perayaan nanti... 

Tetapi ia bukanlah mudah untuk mendapatkan isi kabung yang benar-benar selamat untuk dimakan... Ia memerlukan kemahiran dan kaedah pemprosesan yang betul... Kerana ianya boleh memudaratkan sekiranya kita sendiri tidak mahir memprosesnya... Ia mempunyai pelindung semulajadinya berupa getah yang sangat gatal sekiranya terkena pada badan atau yang mengambilnya... 

Namun setiap kali menjelang Ramadhan isi buah enau ini antara pilihan utama kami untuk dijadikan sebagai campuran dalam pelbagai jenis air minuman,,, cendol dan laicikang... Bukan sekadar sedap dan segar dimakan,,, ia juga miliki manfaatnya sebagai penyejuk badan... 

Pokok Kabung, kantor atau enau (bahasa InggeriS: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya : Arenga pinnata.
Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun berpelepah seperti pelepah daun kelapa. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali. 

Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.(sumber wikipedia)

                                            Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm


JOM KENALI POKOK SAMAK,,, SERAI KAYU DAN SALAM...

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, April 10, 2018 2 ulasan

PERBEZAAN SECARA FIZIKAL WARNA,,, CORAK DAN RUPABENTUKNYA DARI DAUN,,, PUCUK DAN POKOKNYA DARI LAMAN HERBA PAYA ASLI HERBAL VALLEY,,, KAMPUNG KUBANG BEMBAN,,, KUALA NERANG,,, KEDAH,,, MALAYSIA...

POKOK SAMAK,,,, SERAI KAYU DAN SALAM...

KETIGA-TIGANYA JUGA MEMILIKI BAU DAN RASA YANG BERBEZA


POKOK SAMAK

POKOK SERAI KAYU

POKOK SALAM

BEKALAN SERAI WANGI

Dicatat oleh ELYAS Monday, March 5, 2018 1 ulasan

BEKALAN POKOK SERAI WANGI (Cymbopogon nardus) 

TANAMAN HERBA SERAI WANGI



Tanaman secara organik dari LAMAN HERBA PAYA ASLI HERBAL VALLEY QUDRIFARM,,, KAMPUNG KUBANG BEMBAN,,, KUALA NERANG,,, KEDAH DARUL AMAN... 

PENGERINGAN HERBA SERAI WANGI
Herba pilihan pelbagai kegunaan,,, bagi mereka yang berminat boleh hubungi SYED ELYAS 019-5671963 atau SYED HARITH 019-6987836... Jualan secara runcit dan borong...

NILAM PANDAN (Pogostemon hortensis)


Semaian Nilam Pandan di Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm
Sesuai dengan namanya,,, nilam pandan merupakan tanaman renek,,, hijau yang memiliki bau wangi seakan-akan daun pandan...


Bunga nilam pandan yang belum kembang sepenuhnya
Semakin kering daun yang dipetik dan disimpan semakin wangi aroma baunya... Mengikut arwah nenek,,, daun yang dipetik biasanya diltekkan didalam bekas bedak sejuk,,, almari pakai,,, dompet duit,,, bawah bantal,,, bawah tilam,,, dalam buku dan juga campuran dalam herba mandian dan utk memasak minyak wangi 1001 bunga...


Kami di Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm sentiasa menyimpan dan mengumpul pokok-pokok buah nadir dan ulam-ulaman serta herba tempatan untuk pengenalan generasi masakini dan akan datang...




POKOK DURI TAMBUN TAHI

Dicatat oleh ELYAS Monday, January 8, 2018 0 ulasan


DURI TAMBUN TAHI 
(Nama botani masih belum diperolehi secara tepat,,, mungkin ada yang boleh membantu)

Pokok duri tambun tahi/taik... Tumbuhan liar ini biasanya mudah ditemui di pinggir-pinggir paya atau kawasan lembap... Ianya memilik duri yang panjang dan keras mengelilingi setiap ranting dan dahannya...

Bahagian daunnya antara bahan campuran dalam pembuatan nasi ulanm Kedah... Bagi perdu pokok yang telah tua durinya akan semakin berkurangan di bahagian perdunya... Bahagian batang,,, dahan dan durinya sering dicari dan digunakan sebagai manfaat perubatan tradisional,,, peralatan tradisional sebagai alat menangkap ikan dan memburu... 

Bagaimana ia mendapat namanya??? Berdasarkan cerita dari orang lama-lama yang saya temui,,, menurut ceritanya bahagian durinya dikatakan sangat berbisa sehinggakan boleh menyebabkan orang yang tertusuk durinya tidak dapat bergerak kemana-mana... Jadi disitulah tempat ianya menetap menjadi tempat ianya dirawat,,, makan minum dan membuang najis... Sehingga terjadilah perkataan tambun tahi akibat pembuangan najis disatu tempat sahaja akibat tidak boleh bergerak kemana-mana tempat... Sekadar cerita secara lisan dari orang lama-lama yang dikumpul...

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani