Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Panduan Penternakan Burung Walet

Dicatat oleh ELYAS Friday, January 7, 2011

Panduan Penternakan Burung Walet

Sedikit sambungan tentang perusahaan burung walet... Sekadar berkongsi sedikit info, yang dah ada sebelum ini,, , iaitu seperti yang dibincangkan dalam buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang / Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan...

Hendak bina rumah burung Walet???

Lokasi Premis yang hendak dibina mesilah berada di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman... Kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mesilah diperolehi...

Bagi reka bentuk bangunan ia mestilah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walet akan menetap dan terus menetap... Rumah burung walet perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walet akan terbang mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya...

Resting room pula perlu disediakan sebagai tempat burung walet beristirehat dan membina sarang... Bukaan keluar masuk burung yang sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan... terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam pembinaanrumah burung wallet antaranya ialah ;-

  • Sistem pengudaraan bagi mengawal suhu
  • Bahagian dalam yang terlindung dari pancaran cahaya matahari
  • Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
  • Penyediaan beluti untuk tapak burung bersarang
  • Tidak dapat dimasuki tikus, ular, biawak dan lain-lain pemangsa.
  • Pemasangan sistem audio
  • Notis amaran di lokasi sesuai (untuk orang,,, burung tak baca notis ni)

Keluasan minima 20 X 30 kaki... Nak lebih ekonomik bolehlah dibina secara bertingkat... Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki... Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir,,, kapur dan simen... Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja...Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan... Untuk kelembapan,,, sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan... Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi... Saiz pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dan dibina dibahagian atas bangunan...

Bagi sistem audio,,, ia dipasang pada waktu tertentu bertujuan untuk memikat atau memanggil burung masuk ke dalam bangunan,,, membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran... Kebiasaanya dua buah tweeter dipasng pada pintu masuk dan dimainkan pada awal pagi dan petang bagi memandu burung masuk kedalam bangunan... Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki,,, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara rawak bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam segenap bahagian bangunan... Sekiranya system audio dipasang secara betul atau mengikut nasihat perunding,,, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walet dalam jangka masa dua hingga tiga bulan pertama adalah tinggi...

Bagi pemilihan lokasi,,, syarat lingkungan lokasi rumah adalah:

  • Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut
  • Jauh dari kawasan bandar dan perkembangan masyarakat
  • Daerah yang jauh dari gangguan burung pemangsa
  • Kawasan sawah,,, padang rumput,,, hutan-hutan terbuka,,, pantai,,, danau,,, sungai atau rawa-rawa merupakan kawasan yang paling sesuai

Ujian kesesuaian lokasi boleh dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan kesesuaian dan kejayaan fungsi rumah burung wallet... Alat pengesan khas digunakan,,, dan burung walet akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak... Tujuan ujian adalah untuk mengurangkan risiko pelaburan... Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadangkan untuk di jadikan rumah burung... Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang... Kehadiran burung walet yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walet...

Setiap aktiviti perniagaan yang hendak diceburi mestilah dikaji potensi dan cabaran yang bakal dihadapi... Bagi burung wallet,,, terdapat beberapa cabaran yang perlu dikawal,,, antaranya;-

Musuh dan Penyakit

Cadangan mengatasi

Tikus – memakan telur, anak burung walet, merosakkan sarangnya, juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan keadaan rumah walet

Menutup semua lubang laluan tikus yang ada, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu , yang akan digunakan untuk sarang tikus.

Burung Hantu dan Helang – Memakan burung walet

Tangkap dan pindahkan

Semut - Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur.

Memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya.

Cicak dan Tokek
Tokek memakan telur, anak dan sarang burung walet. Kotorannya pula dapat mencemari ruangan dan meningkatkan suhu yang boleh mengganggu urung walet.

Ditangkap dan dijual (harga pasaran tinggi sekarang), membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan ditutup.

Sudah ada sarang,,, macamana pula cara tuaiannya???

Sekiranya sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet bertelur diambil,,, maka ini akan menyebabkan kepupusan burung walet kerana ia tidak dapat membiak... Bagi menjamin populasi burung walet terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang sarangnya bolehlah dituai atau diambil setelah telurnya menetas dan anak burung wallet terbang...Ini merupakan kaedah yang terbaik...


0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani