Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Ayam Kampung atau Ayam Hibrid???

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, May 21, 2013


Jangan terperanjat dengan kenyataan ini. Tidak ada keaslian pada ayam kampung tempatan kerana beberapa faktor antaranya ayam kampung tempatan adalah warisan baka-baka ayam moden dari luar negara.

Ayam kampung atau nama saintifiknya Gallus gallus domesticus merupakan jenis ayam yang popular dan mempunyai pasaran tersendiri atau niche market yang mendapat sambutan.

Mereka yang sudah biasa makan daging ayam kampung pasti mengetahui rasanya yang berbeza berbanding ayam lain.

Yang pasti lazat ialah daging ayam kampung tradisional.

Keenakan rasa ayam kampung tradisional adalah lebih baik berbanding jenis ayam kampung yang membanjiri pasaran tempatan sekarang iaitu ayam kampung kacukan dan ayam warna.

Badan ayam kampung tradisional tidak terlalu berisi berbanding ayam lain termasuk ayam kampung kacukan yang biasanya lebih berisi dan besar.

Oleh itu ayam kampung tradisional biasanya lebih aktif, lasak dan membuatnya lebih ringan, manakala ototnya kental dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.

Ciri-ciri lain pada ayam kampung tradisional ialah keting kaki yang tak khusus warnanya dan balung yang tidak khusus bentuknya.

Selain susuk badan yang ramping, memang tidak ada piawaian lain bagi ayam kampung tradisional kerana darahnya mempunyai gabungan pelbagai baka moden termasuk gabungan dengan ayam hutan.

Kini, antara jenis ayam kampung yang popular ialah ayam arab dan ayam leher botak.

Ramai mungkin telah mendengar mengenai baka yang dikategorikan sebagai moden seperti Plymouth Rock , New Hampshire, Brown Leghorn dan Australorp pada era 80an.

Pada masa sama, ayam hutan yang dianggap sebagai baka asal mungkin juga tidak lagi tulen kerana berlaku kacukan dengan ayam kampung yang dibawa ke hutan pada zaman komunis dahulu.

Lebih-lebih lagi adalah menjadi perkara biasa sekarang melihat ayam hutan jantan berkawan dengan ayam kampung betina.

Namun isu yang kini menjadi semakin mendapat perhatian ialah meskipun popular dan mendapat permintaan, bekalan ayam kampung amat terhad.

Dengan sambutan yang semakin menggalakkan itu, sesuatu perlu dilakukan bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

"Malangnya pengeluaran ayam kampung tempatan ketika ini hanya empat peratus berbanding keseluruhan lebih sejuta ekor ayam sehari yang dipasarkan dalam industri," kata penyelidik Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Azhar Kasim.

Beliau berkata, jumlah yang boleh dianggap sedikit itu sebenarnya satu peluang bagi industri memikirkan kaedah penambahan pengeluaran ayam kampung ketika ini.

Industri ayam kampung sebenarnya berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana jumlahnya di pasaran yang sedikit diancam oleh masalah penyakit seperti penyakit sampar (Newcastle disease) yang boleh membantutkan industri tersebut.

Menurut Dr. Azhar, antara masalah lain ialah ayam kampung tradisional dipelihara lepas bebas tanpa pengurusan sistematik, berskala kecil dan tidak komersial.

Menurut beliau, bagi mengatasi kekurangan bekalan itu, antara langkah yang diambil oleh pengusaha tempatan ialah mengimport ayam warna sebagai alternatif.

Baka tersebut kemudian dikahwinkan dengan ayam kampung tempatan untuk mendapat anak yang memperlihatkan ciri ayam kampung, biasanya pada warna bulu.

Usaha tersebut yang bermula pada 1980an akhirnya berjaya meningkatkan jumlah ayam kampung untuk tujuan komersial selepas 30 tahun tetapi belum memadai bagi menghasilkan baka yang lebih baik atau sempurna.

Ayam kampung tradisional hanya sesuai dijual ketika berumur 16 minggu. Ayam warna pada seawalnya umur lapan minggu dan ayam kampung kacukan pada umur 12 minggu.

"Apa yang kita ada sekarang dalam industri tempatan pada skala yang besar ialah ayam kampung kacukan yang belum dapat menyerupai ayam kampung tradisional.

"Contohnya, bagi ayam kampung kacukan tersebut, saiz badannya yang kurang ramping (banyak berisi) dijual dengan harga borong RM9 sekilogram berat hidup .

"Saiz badan yang ramping sedikit boleh meningkatkan harga kepada RM12 sekilogram," ujar Dr. Azhar.

Katanya, ayam kampung tradisional pula dengan jumlahnya yang terhad boleh melampaui harga RM16 sekilogram atau dikira mudah dengan harga RM25 seekor jika tidak ada alat penimbang.

Artikel Asal: Agrobiz

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani