JUALAN POKOK STEVIA @ QudRiFaRm...
Stevia Rebaudiana adalah herba renek
yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan
dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis
minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan
pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887.
HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN POKOK STEVIA
DAN JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN POKOK-POKOK HERBA DAN
TANAMAN DAPUR SERTA PELBAGAI BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR)
TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT
POLIMAS JITRA) HUBUNGI ATAU SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS) ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm)
atau FB page Qudrifarm...
Stevia merupakan sejenis tumbuhan
herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari
jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan
ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca
panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk
bujur. Batangnya halus dan bergerutu.
Dalam keadaan optimun, stevia boleh
mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil
berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma
saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan
selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan
akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar
percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan
menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke
atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang
mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu
tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic,
menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin
menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia
juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik
dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai
pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus
tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay
sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh
herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan
mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk
menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kajian terhadap kandungan toksidnya,
mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia
tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak
memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik
terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati
ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain
mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras
testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun
1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada
tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali
ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang
mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi
250mg steviosid 3 kali sehari.
Pemeriksaan terhadap subjek
dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah
sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan
sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang
diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia
mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk
pesakit darah tinggi.
Satu kumpulan saintis lagi melakukan
ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka
juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol,
isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos.
Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian
yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid
dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin
melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian
mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen
anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Uniknya, stevia adalah pemanis
semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali
lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang
menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.
Ia juga didapati tidak menyebabkan
mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik
terhadap kajian kesuburan stevia.
Satu kajian mendapati ia tidak
memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati
air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron
dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Hasil dari kajian ini saintis
merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan
tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif
atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Ada pendapat menyatakan stevia juga
digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah
serta degupan jantung.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil
dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi,
malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.
Penduduk Jepun adalah pengguna
paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan
termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.
Malah, dilaporkan syarikat pengeluar
minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada
NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan
Kanada.
Sumber : Penerangan .gov.my
0 ulasan