DURI TAMBUN TAHI
(Nama botani masih belum diperolehi secara tepat,,, mungkin ada yang boleh membantu)
Pokok duri tambun tahi/taik... Tumbuhan liar ini biasanya mudah ditemui di pinggir-pinggir paya atau kawasan lembap... Ianya memilik duri yang panjang dan keras mengelilingi setiap ranting dan dahannya...
Bahagian daunnya antara bahan campuran dalam pembuatan nasi ulanm Kedah... Bagi perdu pokok yang telah tua durinya akan semakin berkurangan di bahagian perdunya... Bahagian batang,,, dahan dan durinya sering dicari dan digunakan sebagai manfaat perubatan tradisional,,, peralatan tradisional sebagai alat menangkap ikan dan memburu...
Bagaimana ia mendapat namanya??? Berdasarkan cerita dari orang lama-lama yang saya temui,,, menurut ceritanya bahagian durinya dikatakan sangat berbisa sehinggakan boleh menyebabkan orang yang tertusuk durinya tidak dapat bergerak kemana-mana... Jadi disitulah tempat ianya menetap menjadi tempat ianya dirawat,,, makan minum dan membuang najis... Sehingga terjadilah perkataan tambun tahi akibat pembuangan najis disatu tempat sahaja akibat tidak boleh bergerak kemana-mana tempat... Sekadar cerita secara lisan dari orang lama-lama yang dikumpul...
0 ulasan