Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Apa itu pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay dan seangkatan dengannya???

Atas sebab permintaan dan pertanyaan ramai,,, jadi aku cuba mencari beberapa maklumat berkaitan pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay untuk dikongsi bersama... Tetapi semua penulisan ini bukanlah menunjukkan segala ilmu,,, pengetahuan dan kepandaian aku... Tetapi sekadar ingin berkongsi dengan semua pelawat dari sumber-sumber dan bahan rujukan yang dipermudahkan semula untuk dikongsi bersama... Segala kesilapan dan kekurangan dimohon banyak kemaafan...

Pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay adalah dari keluarga jenis Gekkonidae,,, rata-ratanya besaiz kecil seperti cicak... Sebelum penulisan seterusnya,,, bagi memudahkan penulisan dan kepada pembaca,,, kali ini saya akan menggunakan perkataan tokek bagi (pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay dan semua cicak dari keluarga jenis Gekkonidae)... ... Dengan anggaran kira-kira 2,000 spesies yang berbeza di seluruh dunia dan banyak kemungkinan belum ditemui,,, Gekkonidae adalah keluarga terbesar bagi jenis cicak (tokek)...

Tokek merupakan haiwan yang mudah ditemui di kawasan beriklim hangat di seluruh dunia... Tokek mempunyai keunikan di antara cicak kerana bunyi yang dihasilkan... Ia mampu menegeluarkan suara seperti kicauan atau pelbagai bunyi sebagai interaksi antara tokek yang lain... Begitu juga dengan namanya... Nama tokek,,, ia dipercayai berasal dari perkataan Indonesia yang diilhami dari bunyi yang dikeluarkan oleh haiwan ini... TOK KAY... TOK KAY... TOK KAY...

Semua jenis tokek,,, kecuali dari keluarga Eublepharinae,,, tidak mempunyai kelopak mata... Sebagai gantinya ia mempunyai membran telus yang dapat dicapai dengan lidah (menjilat) untuk membersihkannya... Dari segi pertahanan diri,,, ada diantara spesies tokek akan mengeluarkan bahan yang berbau busuk atau kotoran ke arah ancaman,,, ada juga yang akan melepaskan hujung ekor yang disebut proses autotomy... Terdapat juga spesies yang dikenali kerana memiliki permukaan kaki yang khusus yang membolehkannya untuk memanjat permukaan licin dan menegak... Dan pantas berlari menyelamatakan diri...

Habitat tokek biasanya di kawasan-kawasan yang kering,,, redup dan terlindung (bukan kawasan lapang atau terbuka) seperti pinggir hutan,,, celahan batu,,, timbunan kayu,,, pokok-pokok besar,,, bangunan atau binaan di pinggir hutan dan sebagainya... Terdapat juga beberapa jenis tokek yang menjadikan kediaman manusia sebagai habitatnya... Spesies ini dikenal sebagai Gecko House atau tokek rumah... Ia menjadikan ruang-ruang terlindung seperti siling,,, celahan bata atau papan sebagai tempat bersarang di dalam kediaman kita... Terutama rumah di pinggir hutan... Sebahagian dari haiwan dalam rumah seperti serangga (nyamuk,,, lalat,,, lipas,,, semut,,, rama-rama dll) juga ulat,,, dan burung peliharaan dan segala yang muat melepasi mulutnya akan menjadi makanannya...

Spesies terbesar,,, iaitu Kawekaweau (nama hampir sama kepada bunyi yang dikeluarkannya),,, hanya dapat dilihat dan dikenal dari satu spesimen yang terdapat di ruangan bawah tanah di sebuah muzium di Marseille,,, Perancis... Ia telah didokumentasikan di habitat liar pada tahun 1870... Tokek ini berukuran 60 cm (24 in) panjang dan dan merupakan spesises endemik (hanya di suatu tempat) di hutan New Zealand... Namun ia mungkin telah pupus bersama-sama dengan fauna asli di pulau-pulau New Zealand pada akhir abad ke-19,,, ketika spesies invasif baru seperti tikus dan cerpelai diperkenalkan ke negara ini selama penjajahan Eropah... Tokek terkecil pula dikenali sebagai Sphaero Jaragua,,, ia hanya sepanjang 16 mm dan telah ditemui pada tahun 2001 di sebuah pulau kecil di pantai Republik Dominican...

Eloklah sebagai permulaan bagi tajuk apa itu tokek untuk kali ini,,, dan InsyaAllah ada beberapa lagi sambungan untuk tajuk ini pada penulisan akan datang......... (kepada yang membaca anda dijemput untuk memberi komen dan menjadi follower blog ini,,, TQVM...)

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani