Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

PART II-Apa itu pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay dan seangkatan dengannya???

Seperti dijanjikan penulisan ini adalah sambungan dan penutup bagi bagi tajuk Apa itu pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay dan seangkatan dengannya???

Terdapat pelbagai warna dan pola seperti ungu,,, merah jambu,,, hijau,,, biru,,, hitam dan sebagainya serta terdapat juga pelbagai corak menarik yang halus,,, kasar,,, bermotif dan juga cerah bagi tokek-tokek yang terdapat di muka bumi ini...

Terdapat juga beberapa spesies tokek yang boleh bertukar warna sebagai penyamaran dengan warna persekitaran atau berubah mengikut suhu tertentu... Dari segi pembiakan,,, beberapa spesies tokek dikenalpasti sebagai haiwan parthenogenic,,, yang membiak tanpa proses mengawan (boleh bertukar jantina - bukan pondan,,, hehehe)... Tetapi kebanyakannya,,, membiak secara seksual bukan aseksual...

Pernah juga saya melihat tokek (jenis Tokay gecko,,, gekko tokek yang menjadi buruan sekarang) dijual sebagai haiwan peliharaan sebelum ini dengan harga RM65 sahaja seekor,,, tapi tak ada sesiapa pun berminat ketika itu... sehinggalah sekarang,,, dan pastilah sudah jauh beza harganya sekarang... Bolehlah cuba tanya pemiliknya berapa harga Tokay tu sekarang... Kalau tokek jenis Leopard memang dah dua tiga ratus harga masa tu...

Melihat kepada keadaan itu,,, tokek juga merupakan haiwan berkualiti untuk dipelihara dan mampu hidup dan berkembang biak dalam kurungan... Tetapi mestilah mempunyai ruang kehidupan yang sesuai untuknya bertahan hidup...

Suhu kurungan pula harus berada antara 78 dengan 88 darjah Fahrenheit (25 dan 31 darjah Celcius) dan suhu malam tidak kurang dari 72 darjah Fahrenheit (22 darjah Celsius) di dalam kurungan...

Makanan yang paling diminati tokek dan mudah didapati di pet shop,,, seperticengkerik,,, ulat,,, cacing dan ada juga yang memakan buah-buahan segar serta madu seperti tokek Gold Dust Day... Tokek ini menjilat nektar dari bunga Strelitzia sebagai pemakanannya...

Seperti kebanyakkan Gekkonidae,,, tokek memiliki jari-jari kaki yang mengandungi adaptasi khusus yang membolehkannya berjalan seperti cicak pada permukaan tegak... Kekuatan menarik atau memegang pada kaki tokek ke permukaan yang dipanjat adalah sangat tinggi...


Menurut satu kajian dari Universiti Lund,,, kepekaan mata tokek seperti Tokek Helmet,,, pula dianggarkan 350 kali ganda lebih tinggi daripada kon penglihatan manusia di dalam kegelapan cahaya bulan...


Jenis-jenis tokek yang biasa dilihat...


  • Pachydactylus, genus tokek yang mempunyai banyak spesies.
  • Tokek Bibron's, Pachydactylus Bibroni - Berasal dari Afrika Selatan, tokek ini dikenali sebagai arboreal hardy kerana menjadi perumah kepada hama.
  • Tokek Buaya atau tokek Moor, Tarentola Mauritanica - sangat kuat dan sangat cepat membesar, sampai 15 cm (6 inci). Biasa dijumpai di kawasan-kawasan Mediterranean dari Semenanjung Iberia dan Selatan Perancis ke Greece dan Afrika utara. Ciri-ciri yang membezakan ialah bentuk kepala dan kulit serta ekornya menyerupai buaya.
  • Cyrtopodion, genus tokek yang mempunyai banyak spesies.
  • Cyrtopodion Brachykolon; biasa dikenali sebagai "tokek bent-toed", ditemui di barat laut Pakistan.
  • Rhacodactylus, genus Tokek yang ada beberapa spesies.

o Sura Tokek milik Rhacodactylus genus.

o Crested gecko, ciliatus Rhacodactylus – pupus. Dipercayai ditemui semula pada tahun 1994. Mendapatkan populariti sebagai haiwan kesayangan.


· Gargoyle tokek, Auriculatus Rhacodactylus - Dikenali sebagai tokek Caledonian New Bumpy atau tokek Gargoyle.


· Gold Dust Day gecko (Phelsuma laticauda laticauda (Boettger, 1880) (syn. Pachydactylus laticauda Boettger, 1880)) adalah subspesies diurnal tokek. Ia tinggal di utara dan Madagascar di Comoros.


· Golden gecko, Ulikovskii gecko – Tokek asli hutan hujan Vietnam.

· Hemidactylus, genus tokek yang memiliki banyak kelainan.

o Common House gecko, Hemidactylus Frenatus - Spesies yang membiak di sekitar binaan penempatan manusia dan di kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia.

o Indo-Pasifik gecko, Garnotii Hemidactylus - Juga dikenali sebagai tokek rubah kerana muncungnya panjang dan sempit. Spesies ini dijumpai di rumah-rumah di seluruh daerah tropika. Memakan semut leafcutter.


  • New Caledonian Giant gecko, Leachianus Rhacodactylus - pertama kali ditemui oleh Cuvier pada tahun 1829, tokek terbesar dari Rhacodactylus.
  • Tokek Leopard, Eublepharis Macularius - Cicak yang paling biasa dijual dan dipelihara sebagai haiwan kesayangan, tidak mempunyai permukaan kaki yang melekat seperti cicak, melainkan cakar. Ini menjadikannya hanya mampu memanjat pada permukaan yang kasar seperti kulit pokok. Tokek ini tidak dapat mendaki ke segelas sebuah akuarium. Tokek ini cenderung menjadi jinak. Makanan terdiri daripada butterworms, croach, cengkerik, mealworm, waxworms, superworms dan tikus merah jambu.
  • Tokek Mediterranean, Hemidactylus Turcicus - perumahan dan habitat liar, diperkenalkan sebagai spesies di USA.
  • Tokek Mourning, merupakan spesies asal Asia Timur dan Pasifik, Lugubris Lepidodactylus terdapat di dalam rumah atau di alam liar seperti di persekitaran perumahan. Ditemui juga di Hawaii, mungkin telah menjadi Polynesia awal. Spesies parthenogenic. Dilaporkan pernah dilihat memakan tokek yang lebih kecil.
  • Ptychozoon - genus dari tokek Arboreal dari Asia Tenggara, yang dikenali sebagai Flying gecko atau Parachute gecko, mempunyai sayap flaps  dari leher ke kaki atas untuk membantu menyembunyikan diri pada pokok dan diangkat sambil melompat.
  • Stump-toed gecko, Gehyra Mutilata (Peropus mutilatus) - biasa disebut sebagai Gheckl, boleh berubah-ubah warna dari sangat cerah sehingga sangat gelap untuk menyamai latar belakang. Ada di habitat hutan atau di lingkungan perumahan.
  • Tree gecko, Hemiphyllodactylus typus – Tokek pokok dan menghuni hutan.
  • Tokay gecko, Gekko tokek - besar, umum, tokek Asia Tenggara dikenali dengan pembawaan yang agresif, bunyi panggilan memikat kuat, dan mempunyai tanda-tanda warna cerah. ( Tokek yang menjadi buruan sekarang,,, dipercayai memiliki khasiat utk merawat AIDS,,, wallahu’alam)...
  • Western Banded gecko, Coleonyx Variegatus - Berasal dari barat daya Amerika Syarikat dan barat laut Mexico.
  • Dwarf gecko, Sphaerodactylus ariasae – tokek asli kepulauan Caribbean, dan cicak paling kecil di dunia...

Mungkin ini sahaja yang dapat dikongsi bersama untuk mengenali apa itu tokek,,, dan segala kekurangan maklumat dimohon kemaafan dan komen yang membina amat dialu-alukan dan dihargai...

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani