Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

PETUA ORANG LAMA UNTUK RAWATAN TERNAKAN

Dicatat oleh ELYAS Friday, May 6, 2011


Assalamualaikum,,, memandangkan kesibukan untuk menulis entri kali ini,,, jadi penerbitan ini merupakan sedikit perkongsian pengalaman dan penerbitan semula... Sebagai pelajar tahun akhir pengajian amatlah sibuk untuk aku menulis ketika ini... InsyaAllah,,, mungkin aku dapat berkongsi info tentang usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh Qudrifarm nanti...

Penerbitan kali ini,,, sekadar ingin berkongsi petua orang lama dalam penjagaan haiwan ternakan ruminan...

MASALAH KUTU

GARAM ½ kg dan air setengah baldi... Campurkan hingga larut... Campuran ini digunakan sebagai bahan mandi ATAU

DAUN BETIK... Beberapa helai daun betik yang muda diambil dan digunakan untuk menggosok ke bahagian badan ternakan yang dijangki kutu (dah pernah try,,, berkesan) ATAU

ABU DAPUR... Ambil abu kayu api dan gosokkan pada badan ternakan (lembu)... Nescaya kutu-kutu yang ada akan mabuk & jatuh ke tanah. Kutu-kutu ini boleh dibakar kemudian atau direndam dalam minyak tanah... (dah pernah try dah,,, insyaAllah berkesan)

KECACINGAN

MINYAK MARGOSA... 150 ml (½ botol) diberi kepada anak lembu berumur 6 bulan hingga 1 tahun ATAU

KICAP... Sebanyak 350 ml kicap diberi minum kepada lembu/kerbau (lembu/kerbau memang suka makan kicap)... (dah pernah try dah,,, insyaAllah berkesan)ATAU

BUAH PERIA... 2 biji buah peria diberi makan kepada tiap-tiap seekor lembu yang kurus kerana cacing ATAU

PUCUK BETIK... Pucuk betik beberapa kali digunakan bagi mengubati/menghapuskan cacing...

URI MELEKAT

BATU... Menggantungkan batu atau benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar...

DAUN BULUH MUDA daun KESINAI (pokok Bonsai)... 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum atau bagi makan macam tu saja... (dah pernah try dah,,, insyaAllah berkesan)

KULIT BUAH NENAS... 1 kati (600 gm) atau lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau... Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari... (dah pernah try dah,,, insyaAllah berkesan)

TERMAKAN RACUN

½ kg ASAM JAWA,,, dicampurkan dengan 1 liter air selepas diramas asam jawa, buang isi dan bijinya dan tapis... Campur 250 gm garam sebelum diberi minum ATAU
6 auns MINYAK MASAK atau minyak Jarak diberi minum ATAU
AIR KELAPA,,, (10 biji) yang muda diberi minum. Ini diikuti dengan kerap kali memberi minum 20 biji telur (bahagian putih sahaja)... (dah pernah try dah,,, insyaAllah berkesan)

KEMBUNG

HALIA... Ambil ½ kg halia, buang kulit, kemudian diparut atau ditumbuk. Airnya diambil & diberi minum. Dalam keadaan biasa sekali pemberian adalah mencukupi... Jika tidak sembuh dan diberi minum...
ASAM JAWA... Ambil asam jawa dan campurkan dengan air,,, diperah dan airnya diambil dan diberi minum...

INGU... 50gm ingu diambil & ditumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan dengan air campuran ini diberi kepada ternakan yang terlibat (dah pernah try dah,,, insyaAllah berkesan) ATAU

MINYAK KELAPA... Minyak kelapa atau sebarang minyak masak boleh digunakan untuk melawan kembong... Satu botol minyak (500 ml) diberi minum ATAU

OMATHANI (air lemuju)... Air ubat India ini diberi sebanyak 6 auns dua kali sehari. (dah pernah try dah,,, insyaAllah berkesan)

CIRIT BIRIT

BUAH PINANG... 5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir. Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk... Diberi makan atau minum kepada lembu yang sakit... Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU

DAUN JAMBU BATU... 20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk atau digiling hinga lumat/hancur... Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU

BUAH CIKU (buah sawa)... 5 biji buah ciku yang masih muda diambil dan diparut/ditumbuk hingga lumat/hancur... Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU

BUAH LIMAU... Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU

DADIH MASAM... 4 auns dadih masam diberi kepada anak...

DEMAM
Air kelapa muda, 300 gm halia dan air badak (1 botol) dicampurkan dan diberi minum untuk mengurangkan panas badan (demam)...

PATAH TULANG
½ kg kunyit serbok dicampurkan dengan 250 gram garam dan putih telur dengan secukupnya supaya menjadikan kream. Keadaan tulang berkenaan diperbetulkan jika perlu & kream disapu sekeliling kawasan tersebut dan diikat dengan buluh supaya tegak & tidak bergerak

KURAP
600 gm belerang ditumbuk halus halia dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah dan ¼ botol minyak masak. Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu

PURU
Jangkitan tersebut dipotong dan kemudian disapu dengan kapur sirih... Kadangkala,,, belerang dan minyak tanah dicampur dan disapukan kepada tempat jangkitan... (dah pernah try dah,,, insyaAllah berkesan)

Rasanya itu saja yang tau buat masa ni,,, kalau sesiapa yang ada petua-petua lain bolehlah kita berkongsi...

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani