Hari ini

Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Tanaman Mulukhiya di QudRiFaRm...
Perkongsian cara penanaman dan penjagaan serta manfaat pokok Egypt Mulukhiya,,, ملوخية‎ atau nama saintifik Corchorus olitorius,,, Bayam Arab... 
SEMAIAN DAN BIJI BENIH MULUKHIYA ADA DI QUDRIFARM...

Tanaman pokok Mulukhiya sangat terkenal dan popular di negara-negara Arab terutamanya Mesir... Mulukhiya dipercayai menjadi sebagai sumber diet ruji sejak zaman Mesir purba...

Penanamannya sangat mudah,,, Cuma perlu ditabur di atas tanah yang telah digemburkan dan dalalui denga air disekelilingnya... Kalau anda berada di Mesir anda akan dapat melihat tanaman Mulukhiya yang menghijau dan banyak di tepi sungai Nil yang subur...

Kalau kita mempunyai kenalan atau rakan-rakan di Mesir sudah pasti kalau bertandang di rumah mereka,,,kebiasaannya  kita akan dijamu dengan sup Mulukhiya yang dicampur dengan daging ayam atau arnab dengan sedikit daun ketumbar dan bawang putih sebagai pencicah kepad roti Arab (Aisy Baladi)... Memang enak sekali rasanya...

Di Mesir,,, Mulukhiya dimakan di kebanyakan majlis-majlis khas atau sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai makanan keluarga... Ianya adalah hidangan istimewa untuk rakan-rakan yang dating bertandang di rumah...

Sup likat Mulukhiya yang berperisa bawang putih dan ketumbar kalau dicurahkan kepada nasi,,, roti pita pun sudah cukup enak kalau dapat dimakan di kampung...

Sebenarnya bukan sekadar keenakannya sahaja,,, malah sup Mulukhiya juga mempunyai khasiat dan manfaat pemakanan yang tinggi... Kandungan vitamin A yang tinggi selain kandungan vitamin B,,, serat,,, zat besi,,, fosforus,,, kalsium,,, kalium,,, mangan,,, sodium dan garam mineral menjadikan Mulukhiyah makanan yang sihat untuk:

1. Kelegaan Perut: Masalah sembelit,,, tidak lawas dan hadam makanan... Kerana ianya kaya dengan serat...

 2.Mata dan Kulit: Mengandungi vitamin A yang tinggi,,, membantu untuk mencegah kerosakan kulit terutama apabila terdedah kepada cahaya matahari... Selain itu ia juga berfungsi mencegah ulser mulut dan radang mulut... Bahan antioksidan dalam Mulukhiyah juga bersifat anti-penuaan...

3. Kesihatan Dalaman Lelaki & Wanita: Banyak kajian mengesahkan bahawa vitamin A dalam Mulukhiyah adalah pada kadar yang lebih tinggi daripada semua sayur-sayuran... Ia membantu melancarkan pengaliran darah ke seluruh anggota badan...

4. Kesihatan Wanita Hamil: Membantu pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh seorang ibu hamil...

5. Melegakan Urat Saraf: Merupakan gantian gula yang baik untuk kelegaan saraf dan tubuh badan...

Selain itu,,, khasiat Mulukhiya juga baik untuk masalah osteoporosis,,, kemandulan,,, jantung,,, anemia,,, mencegah pembentukan batu karang,,, buah pinggang,,, jangkitan saluran kencing,,, meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan dan penyakit-masalah penglihatan terutama pada waktu malam...

Pusat Penyelidikan Kebangsaan di Mesir,,, ahli-ahli sains telah membuktikan bahawa Mulukhiyah mempunyai banyak faedah kepada kesihatan...

Himpunan penulisan dari pelbagai sumber rujukan dan sedikit pengalaman di negeri orang...

PERHATIAN: Keterangan kegunaan dan cara guna utk mana-mana herba adalah utk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja… Ia bukan bertujuan sebagai pengganti utk nasihat profesional dalam apa jua bentuk... Dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan herba untuk masalah perubatan yg serius…

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Jejak Usahawantani