SIRIH MERAH
(Piper ornatum)
Tanaman sirih hias ini memiliki warna serta corak yang menarik dengan kombinasi warna hijau,,, merah dan tompok perak dia atas permukaan daunnya...
Ini menjadikannya antara tanaman hiasan yang bermanfaat... Antara rekod yg diperolehi berkaitan manfaat sirih merah ialah ia dimanfaatkan untuk menurunkan kadar kolesterol,,, menstabilkan tekanan darah,,, bersifat sebagai antioksidan,,, menyingkirkan radikal bebas dari badan,,, membantu masalah radang prostat,,, gout dan kanser selain rekod-rekod lain manfaatnya...
Sirih merah memiliki rasa yang pahit dan berangin seperti sirih biasa,,, penanamannya memerlukan kawasan yang redup seperti di baah pokok atau pukat pelindung cahaya supaya ianya kekal memberikan warna yang menarik dan subur...
Ia boleh dijadikan tanaman gantung ataupun ditanam terus di atas tanah dengan penyiraman setiap hari serta pembajaan seperti tanaman berdaun lain...
Kami di Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm mengumpul dan menanam pelbagai jenis herba untuk tatapan dan perkongsian bermanfaat untuk generasi semasa dan akan datang... Laman herba Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm dibuka untuk perkongsian ilmu bermanfaat bersama...
Assalamualaikum Bro Elyas, kalau ada anak pokok sireh merah untuk jualan sila maklumkan saya yer .. Seli 013-2758081