Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

PENANGKAPAN IKAN SECARA TRADISIONAL

Dicatat oleh ELYAS Friday, February 11, 2011

MENIMBA IKAN...

Musim ambil padi la nie... Terjun,,, selut paras pinggang pun tak pa...


Ikan puyu,,, haruan dan sepat yang dapat... Sedap,,, gulai ikan,,, ikan bakar,,, sambal petai,,,
makan tepi sawah pula...

Entri kali ini aku nak sambung pasal cerita menangkap ikan menggunakan kaedah tradisional lagi iaitu menimba… Tujuan menulis cerita menangkul udang dengan menimba ikan ini bukan semata-mata untuk mendapatkan ikan dan udang,,, tetapi supaya kita dapat melihat perbezaan dahulu dan sekarang,,, tahap pencemaran dan kemusnahan yang berlaku…

Kesan seperti hasil tangkapan yang berkurangan,,, saiz ikan kecil,,, penggunaan baja dan racun kimia yang memberi kesan jangka panjang kepada semua makhluk,,, penggunaan peralatan yang mengeluarkan sisa pencemaran…

Kaedah penangkapan ikan secara tradisional sebenarnya lebih selamat… Kita tidak memaksa untuk mendapatkan hasil yang banyak,,, tetapi sentiasa memastikan adanya hasil-hasil bumi untuk diambil setiap masa… Aktivitinya pula berkala dan bermusim,,, kadar penangkapan tidak terlalu besar,,, kaedah yang lebih selamat,,, juga meningkatkan kerjasama masyarakat…

Baik,,, jom kita bercerita berkenaan menimba ikan pula… Menimba ikan juga merupakan salah satu aktiviti penangkapan ikan secara tradisional…

Tempat yang paling sesusai untuk aktiviti menimba adalah pada saluran air yang keluar atau masuk dari sungai ke sawah atau sebaliknya… Ada juga orang panggil alor,,, gelung air,,, parit serta tali air…

Setiap kali musim kering terutama selepas musim menuai padi,,.inilah aktiviti penduduk di kampung-kampung… Ramai-ramai berkumpul,,, anak-beranak,,, kadang-kadang dua atau tiga keluarga,,, sama-sama gotong-royong menimba telagas ikan dalam petak sawah atau atau laluan air ke alor… Lagi besar saiz kawasan dan ada tanda-tanda ikan banyak di kawasan itu lagi ramai,,, jadi macam pesta…

Menimba biasanya menggunakan bekas atau timba yang diperbuat daripada bekas plastik,,, tin minyak tanah ada juga yang menggunakan pam zaman sekarang ini (untuk telaga kecil bolehlah,,, kalau sungai habislah ikan nanti)... Masa itu,,, kerjasama memang dapat dilihat terutama masa menimba untuk mengeluarkan air dan waktu menangkap ikan... Lagi ramai orang yang turut menimba lagi cepat telaga dapat dikeringkan…

Bila air dah kering,,, kita dah boleh nampak ikan bergerak-gerak dalam lumpur… Masa ini muka penuh selut pun tak kisah,,, semua pakat-pakat seronok nak bagi penuh raga ikan atau timba dengan ikan yang ditangkap... Ikan-ikan ini ditangkap dengan menggunakan tangan dan penyauk... Dah penat tangkap ikan,,, ada lagi lepas tu,,, ramai-ramai pula menyiang ikan,,, masak dan buat kenduri makan bersama-sama… Memang Nampak sungguh kerjasama masyarakat kampung dengan aktiviti mereka… Nak lagi best bila kita dapat makan nasi dari beras baru musim ini...

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani