Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Burung Walet: Permintaan Dunia

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, February 16, 2011

Penerbitan kali ini adalah penerbitan semula dari akhbar tempatan... Aku hanya sekadar ingin mengumpulkan seberapa banyak artikel atau penulisan berkaitan perusahan burung walet di seluruh negara dan dunia...


Seperti yang diketahui umum,,, harga sarang burung walet sangat tinggi dipasaran sekarang... Ia antara perusahaan yang stabil dari segi harga pasarannya...


Harga sarang burung yang siap diproses kini boleh mencecah RM15,000 hingga RM25,000 sekilogram di China. Perkembangan terbaru itu semestinya mendorong penternak burung layang-layang di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk melihat sumber pendapatan yang lebih tinggi memandangkan lebih banyak pusat penternakan kini dibuka di wilayah itu.


Kelantan merupakan pusat penternakan burung layang-layang kedua terbesar di negara ini selepas Perak yang menghasilkan sarang burung bernilai tinggi serta menjadi idaman ramai iaitu hidangan yang mahal dihasilkan daripada ekstrak air liur burung layang-layang.


Sehingga Jun 2004, terdapat 300 sarang burung layang-layang di negeri itu terutama di Kota Bahru, Tumpat dan Rantau Panjang.


Kawasan lain termasuk dalam kawasan ECER adalah di Pasir Mas di Kelantan; Kampong Air Papan di Mersing; Kuala Besut, Kuala Terengganu; Tok Soboh, Kampung Pinang di Terengganu; dan juga Rompin serta Pekan di Pahang.


Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung yang boleh dimakan dengan nilai pembekalan kasar sebanyak tujuh peratus, selepas Indonesia (60 peratus) dan Thailand (20 peratus).


Sehingga akhir tahun 2006, terdapat hampir 36,000 burung layang-layang di seluruh negara dengan purata kadar pertumbuhan sebanyak 35 peratus setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas.


Jumlah nilai pengambilan keseluruhan sarang burung yang boleh dimakan di seluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 bilion hingga RM12 bilion.


Hong Kong merupakan negara pembeli sarang burung terbesar iaitu sebanyak 50 peratus manakala China (lapan peratus), Taiwan (empat peratus) dan Macau (tiga peratus) dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006.


Sekilogram sarang burung berwarna putih yang boleh dimakan belum diproses dijual pada harga RM4,500 hingga RM6,000 pada tahun 2006. Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong.


0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani