Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

STEVIA,,, GONG XI FA CAI

Dicatat oleh ELYAS Friday, February 4, 2011

TANAMAN STEVIA

Selamat Tahun baru Cina bagi semua pembaca berketurunan Tiong Hua…


Seminggu cuti tahun baru Cina,,, Alhamdulillah sempat aku jalan-jalan dan beli beberapa jenis tanaman renek untuk menambah koleksi tanaman di Qudrifarm…


Bukan sekadar ternakan dan koleksi haiwan peliharaan,,, Qudrifarm juga mengusahakan tanaman herba untuk pengusaha iks tempatan seperti serai wangi,,, sirih,,, misai kucing,,, pegaga,,, cekur,,, kemangi,,, basil,,, pandan,,, halia bara dan banyak lagi termasuk dari jenis pokok kayu seperti tongkat ali dan halban dan lain-lain...


Penulisan kali ini aku cuma hendak berkongsi sedikit info pasal pokok Stevia atau Stevia Rebaudiana juga dikenali sebagai pokok gula…


Dengan sumber maklumat yang banyak kini,,, aku rasa memang ramai orang dah tahu… Tapi ini mungkin sekadar pengenalan bagi aku dan juga untuk mereka yang ada bahan-bahan bolehlah kita kongsi di sini bersama… Tak rugi ilmu walaupun sedikit,,, tetapi kita boleh berkongsi untuk manfaat bersama…


Seperti yang diletakkan pada tag pokok dan diceritakan oleh penjual,,, pokok stevia sebenarnya berasal dari Paraguay... Orang asli Paraguay telah menggunakan daunnya yang manis sejak 200 tahun dahulu sebagi bahan pemanis dalam minuman dan masakan mereka,,, ia juga dijadikan sebagai teh herba…


Info lain dari internet dan akhbar,,, China merupakan negara pengeluar utama produk stevia dan diikuti oleh India buat masa ini… Manakala negara pengimport dan penguna terbesar ialah negara Jepun,,, di mana 41% daripada bahan pemanis yang digunakannya adalah berasaskan Stevia… Tetapi di Malaysia kajian masih dijalankan ke atas pokok stevia bagi memastikan samada ia mampu dan berupaya untuk menjadi pengganti kepada gula tempatan…


INFO : TANAMAN STEVIA

· Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air

· Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.

· Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

· Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan.

· Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.


Nama Tempatan:

Stevia


Nama Saintifik:
Stevia rebaudiana

Nama Lain:
Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa...

Sinonim:
Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf...

Famili:
Astereacea

Asal:
Paraguay

ANTARA CIRI-CIRI ISTIMEWA TANAMAN STEVIA IALAH:

  • Pemanis semula jadi
  • Menurunkan kadar gula dalam darah
  • Melawaskan kencing
  • Menurunkan tekanan darah
  • Membunuh bakteria
  • Membunuh kulatMengurangkan keradangan
  • Membantu menurunkan berat badan

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani